PROFIL SEKOLAH
|
LENCANA SK SUNGAI ANIB III |
PENGERTIAN YANG ADA PADA
LENCANA SEKOLAH
|
Buku
·
Buku adalah melambangkan ilmu dan simbol
tamadun yang agung.
·
Buku merupakan media dalam memperkembangkan
dan menyampaikan ilmu pengetahuan dan ianya kekal relevan dalam kehidupan
seharian walaupun teknologi maklumat berkembang pesat.
Bumbung
·
Bumbung merupakan kedudukan yang teratas dan
paling utama serta memperlihatkan gambaran awal sebelum kita dapat menilai
sesuatu dengan lebih teliti lagi.
·
Sekolah ini sentiasa menonjolkan sesuatu yang
terbaik dan cemerlang di bumbungnya bahkan juga yang tersirat di dalamnya.
·
Bumbung ini juga menggambarkan sekolah ini
adalah sebagai tempat untuk menyedia dan memperlengkapkan pelajarannya dengan
perlindungan dalam bentuk ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia.
Bunga
Rafflesia
·
Bunga Rafflesia merupakan suatu spesies yang
istimewa di negeri di bawah bayu.
·
Bunga ini menggambarkan kecintaan sekolah ini
kepada nilai-nilai estetika serta kebanggaan dan patriotism yang tinggi dan
tidak berbelah bahagi kepada Negara.
·
Nilai-nilai ini adalah penjana wawasan Negara
yang menuju kearah negara maju yang seimbang dari segi material dan juga akhlak
yang tinggi.
·
Lima kelopak bunga ini menggambarkan lima
Rukun Negara dan juga lima Rukun Islam yang menjadi teras sekolah ini.
Menara Berkembar
·
Menara berkembar ini adalah melambangkan
cita-cita tinggi yang seiring dengan usaha yang dicurah dalam mencapai apa jua
matlamat hidup.
Podium
·
Podium adalah simbol puncak kejayaan yang
disulam dengan kecemerlangan, kecekapan dan kecekalan.
·
Hanya mereka yang memiliki nilai-nilai ini
sahaja yang layak untuk naik di atas podium dan mereka itu adalah warga SK
Sungai Anib III.
·
Podium yang berbentuk susunan batu bata ini
juga memperlihatkan kehebatan tamadun Islam dalam seni bina dan teknologi masih
lagi kukuh dan relevan sehingga ke hari ini.
Blok Arca
·
Blok arca separuh bulat ini menggambarkan
teras yang mendukung perkhidmatan yang cemerlang dan berwawasan.
LAGU SEKOLAH
Sk Sungai Anib III, Jadi Lambang kemegahan
Cemerlang, cekap, cekal,
itulah cogan kata
Satu hati berjanji, mencapai
hasrat mulia
Di bidang ekonomi, Sukan dan kebudayaan
Bergerak seiringan, itulah
matlamat kita
SK Sungai Anib III, Mencapai kecemerlangan
Berpandukan nilai etika, berlandaskan keimanan
Cemerlang, cekap, cekal,
itulah cogan kata
Satu hati berjanji, mencapai
hasrat mulia
Di bidang ekonomi, Sukan dan kebudayaan
Bergerak seiringan, itulah
matlamat kita
SK Sungai Anib III, Mencapai kecemerlangan
Berpandukan nilai etika, berlandaskan keimanan
No comments:
Post a Comment