SEJARAH SEKOLAH
|
Sekolah
Kebangsaan Sungai Anib III Sandakan terletak di Jalan Sibuga, batu 5 Sandakan
dengan keluasan 7 ekar. Ianya siap
dibina pada Januari 2003. Pada ketika
itu sekolah ini mempunyai 63 orang murid, 2 orang kerani dan dididik oleh 13
orang guru serta dipimpin oleh Guru Besar pertama iaitu Encik Aliasf @
Darmanshah B Hamzah.
LATAR BELAKANG PPKI SK
SUNGAI ANIB III, SANDAKAN SABAH
|
Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Sungai Anib III telah
ditubuhkan pada 31 Januari 2008 dibawah penyelarasan Encik Abdul Latun Bin Haji
Ogah. Kumpulan murid-murid yang berada
dalam program ini adalah dikalangan mereka yang dikategorikan sebagai golongan
murid bermasalah pembelajaran (Sindrom Down, Autisma, Lembam/Slow Learner,
ADHD, Cerebal Palsy, Kerencatan Akal dan masalah pendengaran).
Jumlah
murid yang mempelopori program ini pada awal penubuhannya adalah seramai 3
orang dan sehingga akhir tahun 2008 jumlah bertambah dan mencatat jumlah
seramai 7 orang murid dan 2 orang guru.
Tahun 2009 turut mencatatkan pertambahan guru dan murid dimana jumlah
guru adalah seramai 3 orang dan jumlah murid adalah seramai 16 orang murid.
Pada
tahun 2009 juga PPKI SK Sungai Anib III telah mencalonkan seorang murid untuk
menduduki peperiksaan UPSR. Tahun 2010, peningkatan dari segi pertambahan staff
dan murid disamping program yang dijalankan semakin mantap.
Pada
Tahun 2011, PPKI SK Sungai Anib III berkembang dengan lebih baik dibawah
pimpinan Cik Shirley Liew sebagai Penolong Kanan bagi program PPKI disekolah ini. Tambahan lagi, ini adalah pertama kali dalam sejarah sekolah menerima Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK).
Pada
ketika ini, murid sudah bertambah kepada 22 orang murid, 16 bermasalah
pembelajaran, 4 orang murid bermasalah pendengaran, 1 orang bermasalah
penglihatan dan 1 orang murid yang telah berjaya diinklusifkan ke aliran
perdana. Kami masih menunggu guru bermasalah
penglihatan bagi mendidik murid-murid bermasalah penglihatan di sekolah
ini.
Kini
2015 PPKI SK Sungai Anib III telah berkembang kepada 3 program iaitu Program
Masalah Pembelajaran, Program Masalah
Pendengaran dan Program Masalah Penglihatan. Walaupun Program Masalah
Penglihatan belum ada murid pada tahun ini sebab murid-murid yang ada telah
dihantar ke SPSPK Tuaran untuk pembelajaran yang lebih mantap. Guru kini , 15 orang termasuk seorang
Penolong Kanan Pendidikan Khas, 1 orang guru J-Qaf dan 2 orang guru
pendengaran. Murid kini berjumlah 21 orang iaitu 17 orang masalah
pembelajaran dan 4 orang masalah pendengaran.
Harapan
kami warga Pendidikan Khas SK Sungai Anib III ialah agar sekolah ini menjadi
mantap dari pelbagai segi terutamannya kurikulum, ko-kurikulum dan yang paling
penting dapat mendidik murid agar dapat bermasyarakat dengan persekitaran
mereka.
No comments:
Post a Comment