Sunday, 19 April 2015

LAPORAN JANUARI HEM PPKI SK SUNGAI ANIB III



         Unit HEM PPKI adalah salah satu tunjang yang penting dalam pengurusan Bahagian Pendidikan Khas. Ini kerana, bahagian HEM merangkumi pelbagai unit penting yang bertujuan untuk memantapkan lagi PPKI SK Sg Anib III Sandakan bukan sahaja dari sudut kebajikan tetapi juga keselamatan, pembangunan dan juga kemajuan 3K. Oleh itu, semua guru dan PPM yang bertanggungjawab dalam mengendalikan setiap unit HEM pada tahun ini sangat komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Mesyuarat HEM Bil 1 /2015 telah diadakan pada 22 Januari 2015 untuk membincangkan isu bagi setiap unit pada tahun ini. Berikut merupakan laporan setiap unit bagi bulan Januari 2015:


Unit Data dan Sistem Maklumat Murid
(Laporan oleh: Pn. Fiona Oswin & En. Herianto Ladati)


Jumlah Murid, Guru dan PPM pada Januari 2015:

Murid Lelaki
Murid Perempuan
Jumah
17 Orang
4  Orang
21 orang
·         Murid Percubaan: 8 orang (5 Lelaki 3 Perempuan)

Guru Lelaki
Guru Perempuan
Jumlah
5 Orang
10 Orang
15 Orang

PPM Lelaki
PPM Perempuan
Jumlah
Tiada
3 Orang
3 Orang

Data E-MIS dikemaskini secara berterusan. Jumlah murid tetap adalah seramai 21 orang murid. Namun, ekoran masalah sistem yang masih dikemaskini, data bagi murid berpindah masuk pada tahun ini iaitu Aiden Wong dan Mohammad Hafiz Hakimi masih belum wujud dalam sistem E-MIS. Manakala bagi system Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), bilangan kelas adalah berdasarkan program yang dibuka iaitu pada nisbah 7:3:1 (Pembelajaran:Pendengaran: Penglihatan). Bilangan murid pada setiap kelas ditentukan oleh umur murid. Setakat ini, terdapat 3 kelas yang tidak ada murid (NIL) kerana data murid sedia ada telah dipindahkan secara automatic mengikut kohort umur. Selain itu, kelas pengelihatan tidak dapat dipadam kerana program pengelihatan masih wujud di PPKI ini.

Terdapat 3 guru baharu pada tahun ini iaitu:
1. En. Izrah Jumdail
2. Nurul Izzah Binti Mohamad
3. Nur Azwin Binti Roslan

Kemasukan guru baharu menambah bilangan guru kepada 15 orang. Manakala, tiada perubahan pada bilangan PPM.

Unit Kesihatan (Laporan oleh: Cik Norazimas Bte Abd.Azip)

Faktor kesihatan semua murid menjadi aspek penting yang diperiksa oleh guru bertugas dan semua PPM setiap hari khususnya sebelum PdP bermula. Murid yang tidak sihat apabila hadir ke sekolah akan dinasihatkan untuk dibawa pulang oleh ibubapa/penjaga. Ini bagi mengelakkan keadaan murid menjadi lebih teruk (murid seharusnya berehat di rumah kerana tidak ada sesiapa yang akan menjaga murid pada waktu PdP kerana semua guru dan PPM mempunyai tanggungjawab lain) Selain itu, murid yang sakit akan membuka risiko jangkitan kepada murid lain.
Unit ini juga memaklumkan kepada semua guru kelas untuk mengemaskini kad 001R bagi setiap murid. Setakat  bulan ini, tidak ada sebarang pemeriksaan kesihatan yang dijalankan bersama dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sandakan.

Unit Keceriaan dan Kebersihan (Laporan oleh: Cik Norazimas Binti Abd Azip & Pn. Aminah Binti Asmat)

          Unit ini telah mula melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan memaklumkan kepada semua guru tentang tarikh pelaksanaan gotong-royong bagi stesen masing-masing iaitu pada 12 Februari 2015. Bagi tujuan menceriakan stesen masing-masing, suatu persetujuan telah dicapai oleh semua guru untuk menggunakan wang dari akaun Amanah sebanyak RM50.00 bagi setiap stesen. Hanya 9 stesen yang memerlukan belanjawan tersebut. Ini menjadikan jumlah belanjawan untuk keceriaan sebanyak RM450. Wang ini akan diagihkan oleh Cikgu Norazimas. Stesen kecil seperti Stesen Kemahiran Manipulatif dan Sains tidak memerlukan wang tersebut dan boleh menggunakan alatan keceriaan dari Stor PPKI.
          Manakala bagi unit Kebersihan pula, guru unit ini memaklumkan bahawa semua guru diminta untuk mengemasakan tempat/meja masing-masing bagi gotong-royong fasa pertama. Selain itu, guru-guru juga dimaklumkan untuk mencuci gelas dan piring yang digunakan (peribadi) dan PPM hanya akan membasuh alatan dapur murid sahaja. Sementara itu, alatan dapur seperti sabun dan kain lap sudahpun dibeli dengan menggunakan wang 5s.

Unit Keselamatan (En.Edriwin Idris)

Aspek keselamatan juga sentiasa diberi fokus khususnya dalam PdP. Semua guru masuk kelas pada masa yang ditetapkan (mengikut jadual) bagi mengelakkan sebarang masalah ataupun kemungkinan kecederaan dalam kalangan murid. Selain itu, setiap pagi guru bertugas mingguan akan memberi nasihat dan bimbingan kepada semua murid tentang tingkah laku yang baik dan perkara ini akan disusuli selepas rehat dimana guru tersebut akan memberi refleksi ke atas sikap dan tingkah laku murid secara keseluruhan.
Bilangan murid yang ramai pada bulan ini menjadikan keadaan barisan murid menjadi lebih panjang dan merbahaya kepada murid. Tambahan pula, barisan tersebut terletak sangat berhampiran dengan longkang yang besar.Prihatin dengan isu ini, guru unit ini telahpun melekatkan pita pelekat merah sebagai penanda amaran kepada murid. Tindakan ini dilihat berkesan untuk membantu murid mengetahui kawasan selamat dan tidak.

Unit Bantuan Yayasan Sabah (Laporan oleh: En Herianto Ladati)

Bantuan Yayasan Sabah yang diterima daripada kerajaan negeri berupa pakaian seragam sekolah, alat tulis dan buku, kasut sekolah serta bantuan susu sekolah satu Malaysia. Walaubagaimanapun, bantuan tersebut akan diterima secara berkala. bagi bantuan berupa pakaian dan kasut, akan diterima setahun sekali. Bagi bulan ini, hanya bantuan susu sekolah yang diterima. Susu sekolah ini akan diagihkan kepada murid PPKI selepas habis waktu PdP dan dijadikan sebagai ganjaran untuk sikap positif yang ditunjukkan oleh murid sepanjang hari tersebut.

Unit Elaun Murid Khas [EMK]  (Laporan oleh: Pn. Siti Aminah Asmat)

Elaun Murid Khas (EMK) merupakan elaun khusus untuk pendidikan murid yang diberikan oleeh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada murid OKU. Tujuan bantuan ini adalah agar semua murid OKU tidak tercicir dalam apapun aktiviti yang dijalankan oleh pihak PPKI. Sepertimana yang semua sedia maklum, murid OKU mempunyai cara yang istimewa untuk belajar tidak seperti murid di aliran perdana. Salah satu cara adalah melalui lawatan luar sekolah. Oleh itu, belanja bagi pembelajaran murid OKU menjadi lebih tinggi berbanding murid aliran perdana yang lain. Maka dengan itu, pihak KPM telahpun menjalankan inisiatif ini bagi membantu murid OKU untuk mencapai kebolehan mereka dalam bidang pendidikan dengan lebih mantap.
Setakat bulan ini, semua murid sedia ada telahpun menerima EMK. Namun, kerana masalah kehadiran Mohd. Azwan Lai Kah Hong pada tahun 2014, bantuan EMK murid ini hanya akan mula dimohonkan pada tahun 2015 ini. Manakala, status bantuan bagi dua murid baharu lain iaitu Aiden Wong dan Hafiz Hakimi yang baru berpindah masuk ke PPKI ini pada tahun ini akan dipastikan dengan sekolah lama murid ini.

Unit Disiplin (Pn. Nadia Abd.Rahim)

Pemantauan berkala oleh guru bertugas mingguan dalam aspek kebersihan, kekemasan dan disiplin murid sepanjang tempoh persekolahan. Ini bertujuan untuk  memberi pengetahuan kepada murid khususnya untuk berdikari dalam menguruskan diri sendiri. Selain itu, segala tingkahlaku positif dan juga negatif dicatatkan dalam buku diari murid secara berterusan bagi menganalisis kekerapan tingkahlaku yang ditimbulkan oleh murid-murid PPKI. Catatan ini perlu dibuat oleh guru atau PPM yang menyaksikan tingkahlaku tersebut.

Unit RMT  (En. Sallehidun Bin Saipul)

Permohonan RMT untuk Zahrizan dan Zurainah pada tahun 2014 masih tidak ada sebarang perkembangan walaupun follow up telah dijalankan beberapa kali sepanjang tahun secara konsisten. Kini, Zurainah Sansi telah naik ke tingkatan satu. Mengikut surat pekeliling kewangan Bil 1 tahun 2013 (bagi RMT sekolah rendah) menyatakan setiap OKU automatic layak menerima RMT. Oleh itu, permohonan semula telah dibuat pada 26 Januari 2015 bagi RMT 2015 untuk semua murid PPKI melalui HEM sekolah.     

Unit Komuniti dan Kebajikan (Laporan oleh: Pn. Siti Aminah Binti Asmat)

Bantuan wang persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 telah diagihkan pada 24 Januari 2015. Bantuan ini hanya diberikan oleh pihak kerajaan kepada murid yang sah kewarganegaraannya sahaja. Selain itu, hanya murid yang telah sah masuk ke PPKI layak mendapat bantuan ini kerana bantuan wang ini telahpun diterima sebelum kemasukan murid percubaan ini ke PPKI. Pihak ibubapa telahpun dimaklumkan.
Selain itu, suatu perbincangan mengenai aktiviti komuniti iaitu Pesta Angpau akan diadakan pada mesyuarat PPKI yang akan datang.

Unit Instrumen Penentuan & Penempatan (IPP) (Laporan oleh: En. Herianto Ladati)

            Pada bulan ini, terdapat sebanyak 11 Ujian IPP yang telah dijalankan di PPKI S.K Sg. Anib III Sandakan dan semua murid tersebut telah  diberi surat penetuan samada masuk ke PPKI ataupun PDK. Murid-murid yang tersebut addalah seperti berikut:
1. Muhammad Ashraff Daniel (PPKI)
2.  Muhammad Nuh (PPKI)
3. Khairil Tsue (PPKI)
4. Aina binti Nasri (PPKI)
5. Nur Damia Insyirrah (PPKI)
6. Er Ming Yuan (PPKI)
7. Mohamad Amirul (PDK)
8. Mohd. Alhady Azumy (PPKI)
9. Mohd. Ridzuan (PPKI)
10. Yeldrie Petrus (PPKI)
11. Mohd. Nur Adam (PDK)
Namun, setakat laporan ini ditulis, Er Ming Yuan dan Mohd. Alhady Azumy masih belum melapor diri untuk mendaftar masuk percubaan 3 bulan di PPKI ini.
         
Unit Pembangunan (Laporan oleh: En Herianto Ladati)

          Guru bertugas untuk unit ini melaporkan bahawa daripada wang RM15K yang masuk ke PPKI, hanya berbaki RM3950 setelah dibelanjakan untuk membeli langsir, meja makan dan rak untuk menyimpan bekal murid. Manakala RM35K untuk penyelanggaraan juga telahpun digunapakai. Kini, kelas PPKI menjadi semakin kemas dan ceria dengan bertukarnya lantai serta meja dan kerusi guru dan murid. Semua guru dan murid diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan stesen masing-masing agar PPKI kekal kemas dan cantik untuk memberi keselesaan pembelajaran kepada semua murid.

Unit Transisi Kerjaya

          Pada tahun ini, unit ini akan menjalankan Program Cuci Kereta yang akan dijalankan pada 23 Februari 2015 (Isnin). Program ini akan melibatkan semua murid yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bidang kerjaya yang ada pada masa hadapan. Selain itu, ia juga bagi mempupuk nilai berdikari dalam kalangan murid PPKI. Perkara ini telah dijelaskan kepada semua ibubapa oleh ketua program pada mesyuarat PIBG yang lepas.

PENUTUP:

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan PPM kerana telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan komited sepanjang bulan J ini. Diharapkan agar kerjasama dan komitmen kerja yang telah ditunjukkan akan berterusan sepanjang tahun demi pembangunan diri murid dan semua warga PPKI S.K Sungai Anib III Sandakan. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment