Sunday, 19 April 2015

LAPORAN FEBRUARI HEM PPKI SK SUNGAI ANIB III



          Unit HEM PPKI adalah salah satu tunjang yang penting dalam pengurusan Bahagian Pendidikan Khas. Ini kerana, bahagian HEM merangkumi pelbagai unit penting yang bertujuan untuk memantapkan lagi PPKI SK Sg Anib III Sandakan bukan sahaja dari sudut kebajikan tetapi juga keselamatan, pembangunan dan juga kemajuan 3K. Berikut merupakan laporan setiap unit bagi bulan Februari 2015:


Unit Data dan Sistem Maklumat Murid
(Laporan oleh: Pn. Fiona Oswin & En. Herianto Ladati)


Jumlah Murid, Guru dan PPM pada Februari 2015:

Murid Lelaki
Murid Perempuan
Jumah
17 Orang
4  Orang
21 orang
·         Murid Percubaan: 8 orang (5 Lelaki 3 Perempuan)

Data Murid (Tetap) PPKI 2015 Berdasarkan Agama dan Jantina.

Jantina:
Lelaki
Perempuan
Jumlah
17
4
21

Agama
Islam
Bukan Islam
Jumlah
11
10
21


Guru Lelaki
Guru Perempuan
Jumlah
5 Orang
9 Orang
14 Orang
*Seorang guru perempuan cuti bersalin sehingga April 2015.
PPM Lelaki
PPM Perempuan
Jumlah
Tiada
3 Orang
3 Orang

Data E-MIS dikemaskini secara berterusan. Jumlah murid tetap adalah seramai 21 orang murid. Berkenaan dengan kes murid berpindah masuk pada tahun ini iaitu Hafiz Hakimi dan Aiden Wong, data murid telahpun dimasukkan ke dalam data E-MIs (pendaftaran baharu) kerana data lama telah dipadam oleh pengurusan data sekolah lama. Perkara ini tidak seharusnya terjadi kerana data murid tidak boleh dipadam melainkan hanya diapungkan agar dapat disambut oleh guru data sekolah baharu. Perkara ini boleh dipulihkan namun ekoran masalah system dan ‘human error’ maka data baharu terpaksa dimasukkan. Penangguhan pengemaskinian data boleh memberi kesan yang buruk kepada permohonan EMK murid berkenaan.
 Manakala bagi system Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), bilangan kelas adalah berdasarkan program yang dibuka iaitu pada nisbah 7:3:1 (Pembelajaran:Pendengaran: Penglihatan). Bilangan murid pada setiap kelas ditentukan oleh umur murid. Setakat ini, terdapat 3 kelas yang tidak ada murid (NIL) kerana data murid sedia ada telah dipindahkan secara automatic mengikut kohort umur. Selain itu, kelas pengilihatan tidak dapat dipadam kerana program tersebut masih wujud di PPKI ini.
          Pada bulan ini juga terdapat perubahan bilangan guru dimana seorang guru perempuan telah berpindah iaitu Cik Nurhidayah Binti Mohhammad Azmi. Ini menjadikan jumlah guru kepada 14 orang.

Unit Kesihatan (Laporan oleh: Cik Norazimas Bte Abd.Azip)

Faktor kesihatan semua murid menjadi aspek penting yang diperiksa oleh guru bertugas dan semua PPM setiap hari khususnya sebelum PdP bermula. Pada bulan ini, boring maklumat mengenai tahap kesihatan murid telah diedar dan diisi. Pemeriksaan kesihatan belum dijalankan oleh pihak Kesihatan bagi semua murid PPKI. Bagi murid-murid yang masih tidak mempunyai buku rekod kesihatan yang tidak lengkap (khususnya bagi murid baharu), buku rekod kesihatan telah ddiedar untuk dilengkapkan.

Unit Kebersihan (Laporan oleh: Pn. Siti Aminah binti Asmat)

          Pada bulan ini, unit kebersihan telah mencadangkan kepada pengurusan PPKI untuk membeli tong sampah yang baharu untuk setiap kelas bagi menggantikan tong sampah lama yang telah using. Selain itu, bilangan yang ada juga tidak mencukupi. Sekiranya diluluskan, pembelian akan dibuat pada bulan Mac kelak.

Unit Keceriaan (Laporan oleh: Cik Norazimas Bte Abd.Azip)

          Unit ini telah mula melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan memaklumkan kepada semua guru tentang tarikh pelaksanaan gotong-royong bagi stesen masing-masing iaitu pada 12 Februari 2015 ( aktiviti sisih telah berjalan pada tarikh tersebut. Bagi tujuan menceriakan stesen masing-masing, suatu persetujuan telah dicapai oleh semua guru untuk menggunakan wang dari akaun Amanah sebanyak RM50.00 bagi setiap stesen. Hanya 9 stesen yang memerlukan belanjawan tersebut. Ini menjadikan jumlah belanjawan untuk keceriaan sebanyak RM450. Wang ini akan diagihkan oleh Cikgu Norazimas pada bulan Mac kelak. Stesen kecil seperti Stesen Kemahiran Manipulatif dan Sains tidak memerlukan wang tersebut dan boleh menggunakan alatan keceriaan dari Stor PPKI.  

Unit Keselamatan (En.Edriwin Idris)

Aspek keselamatan juga sentiasa diberi fokus khususnya dalam PdP. Semua guru masuk kelas pada masa yang ditetapkan (mengikut jadual) bagi mengelakkan sebarang masalah ataupun kemungkinan kecederaan dalam kalangan murid. Selain itu, setiap pagi guru bertugas mingguan akan memberi nasihat dan bimbingan kepada semua murid tentang tingkah laku yang baik dan perkara ini akan disusuli selepas rehat dimana guru tersebut akan memberi refleksi ke atas sikap dan tingkah laku murid secara keseluruhan.
Pas pelawat telah diwujudkan untuk memudahkan urusan ibubapa keluar dan masuk ke kawasan sekolah. Ini bagi menjamin keselamatan semua murid. Tindaan telah diambil dan pas pelawat tersebut telah diserahkan kepada pengawal keselamatan.  

Unit Bantuan Yayasan Sabah (Laporan oleh: Pn. Siti Aminah binti Asmat)

Bantuan Yayasan Sabah yang diterima daripada kerajaan negeri berupa pakaian seragam sekolah, alat tulis dan buku, kasut sekolah serta bantuan susu sekolah satu Malaysia. Walaubagaimanapun, bantuan tersebut akan diterima secara berkala. bagi bantuan berupa pakaian dan kasut, akan diterima setahun sekali. Bagi bulan ini, tiada bantuan diterima.

Unit Bantuan Kebajikan (EMK/INSURANS & KEBAJIKAN GURU DAN MURID) (Laporan oleh: Pn. Siti Aminah Asmat)

Masalah kehadiran murid Azwan Lai Kah Hong berkait  rapat dengan masalah kewangan (ibubapa tidak mampu membayar sewa bas untuk murid ini ke sekolah). Perkara  ini mendapat  perhatian daripada YB Au Kam Wah dan beliau telah bermurah hati menyalurkan wang bantuan kepada murid  ini. Kini, kehadiran murid adalah secara konsisten. Manakala bagi EMK, system  online permohonan EMK sudah dibuka dan telh diisi untuk 20  orang murid. Terdapat seorang murid  yang belum selesai dimohonkan kerana data berkaitan dengan EMK masih belum dipindahkan daripada sekolah lama.  Perkara ini telah diambil tindakan oleh PPM :  Pn. Normeya  Garasiah dan kini sedang menunggu maklumbalas. Selain  itu, aktiviti  unit ini pada bulan Februari turut merangkumi pembelian hadiah  perpisahan untuk Cikgu Nurhidayah binti Mohhammad Azmi yang telah berpindah ke Pulau Pinang. Sumber kewangan bagi membeli hadiah tersebut adalah daripada Akaun Amanah Guru PPKI.

Unit Disiplin (Pn. Nadia Abd.Rahim)

Pemantauan berkala oleh guru bertugas mingguan dalam aspek kebersihan, kekemasan dan disiplin murid sepanjang tempoh persekolahan. Ini bertujuan untuk  memberi pengetahuan kepada murid khususnya untuk berdikari dalam menguruskan diri sendiri. Selain itu, segala tingkahlaku positif dan juga negatif dicatatkan dalam buku diari murid secara berterusan bagi menganalisis kekerapan tingkahlaku yang ditimbulkan oleh murid-murid PPKI. Catatan ini perlu dibuat oleh guru atau PPM yang menyaksikan tingkahlaku tersebut.
Pihak Disiplin PPKI juga mengambil serius isu ketidakhadiran murid ke sekolah khususnya jika ibubapa tidak menghantar/menulis sebarang surat makluman. Hal ini khususnya penting bagi murid yang masih dalam tempoh percubaan. Ini kerana sekiranya murid sering tidakhadir  ke sekolah, PdP tidak dapat dijalankan secara konsisten dan prestasi murid juga tidak akan berkembang dan sukar diukur. Maka, pihak PPKI (Unit Disiplin) telah menghantar surat makluman kepada ibubapa murid percubaan (Mohamad Ridzuan bin Misuari) menyatakan tentang ketidakhadiran murid selama 6 hari pada bulan ini (Februari). Rekod kehadiran dilampirkan sebagai bukti. Selain itu, Penolong Kanan PPKI Cik Shirley Liew akan berjumpa dengan ibubapa murid tersebut bagi membincangkan hal ini dengan lebih lanjut.

Unit RMT  (En. Sallehidun Bin Saipul)

Unit ini melaporkan bahawa  tiada sebarang pertambahan murid untuk RMT pada bulan ini. Jumlah kekal seramai 21 orang. Namun, tidak semua murid suka untuk makan RMT yang diberi. Massih ada beberapa orang murid yang masih membawa bekal mereka sendiri daripada rumah. RMT yang lebih akan diberikan kepada murid percubaan yang berminat untuk makan RMT tersebut.      

Unit SPBT ( Cik Azlianah binti Mohd. Lawi)

          Pada bulan Januari yang lepas, pihak PPKI telah menerima buku teks dan buku aktiviti bagi tahap 1 dan Tahun 4 (Masalah Pembelajaran). Senarai nama buku dan jumlah buku yang diterima boleh dirujuk dari dalam fail SPBT. Semua buku teks dan buku aktiviti yang diterima telah diagihkan kepada ketua panitia yang berkenaan. Unit ini juga telah menghantar boring permohonan buku teks bagi tahun 2016 kepada JPN Sabah iaitu kepada Puan Rosni.

Unit Komuniti dan Kebajikan (Laporan oleh: Pn. Siti Aminah Binti Asmat)

Program Pesta Angpau telah diadakan sempena Tahun Baru Cina bersama murid dan ibubapa yang berbangsa cina pada tanggal 27 Februari 2015 yang lalu. Penglibatan ibubapa sangat memberansangkan pada hari tersebut. Selain itu, unit komuniti dan PIBG telah membuat kutipan sumbanagn ikhlas daripada guru-guru dan ibubapa murid PPKI bagi murid yang kematian bapa iaitu Zahrizan bin Basri. Arwah En. Basri bin Basung telah meninggal dunia pada 14 Februari 2015. Arwah akan sentiasa dikenang. Lawatan ke rumah murid secara rasmi akan dibuat pada bulan Mac 2015 kelak.

Unit Instrumen Penentuan & Penempatan (IPP) (Laporan oleh: En. Herianto Ladati)

            Setakat laporan ini ditulis, belum ada sebarang Ujian IPP yang dijalankan di PPKI sekolah ini pada bulan Februari. Namun, seorang murid bernama Lee Jun Kai yang berumur 7 tahun telah diserap masuk untuk percubaan 3 bulan. Ujian IPP bagi murid ini dijalankan di S.K Muhibbah Sandakan.

Unit Pembangunan (Laporan oleh: En Herianto Ladati)

Peruntukan pembangunan dipecahkan kepada RM35,000 dan RM15,000. Peruntukan RM15,000 berbaki RM3950.00 digunakan untuk membeli meja tetamu, langsir kelas dan rak di luar kelas sebagai tempat menyimpan bekalan makanan dan minuman murid. Baki akhir iaitu RM248.00 telah digunakan sepenuhnya (habis) untuk perbelajaan meja tetamu yang lain.
          Ekoran kerosakan 2 buah penghawa dingin di kelas PPKI, pengerusi PIBG iaitu En. Abd Kariee telah meminta rakan kontraktor untuk melihat dan mengganggarkan kos bagi pemasangan kipas dinding atau silling. Anggaran kos bagi sebuah kipas termasuk dengan kos buruh (upah) adalahsebanyak RM400.00 . Terdapat 4 buah kipass yang perlu dipasang. Oleh kerana kos yang mahal, perkara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci sebelum tindakan selanjutnya diambil.

           

Unit Transisi Kerjaya

          Unit ini telah menjalankan Program Cuci Kereta pada 23 Februari 2015 (Isnin). Program ini akan melibatkan semua murid yang bertujuan untuk mempelajari beberapa teknik mencuci kereta dan memberi pendedahan kepada murid tentang bidang kerjaya yang ada pada masa hadapan. Selain itu, ia juga bagi mempupuk nilai berdikari dalam kalangan murid PPKI. Objektif program telah berkaya dicapai bagi keseluruhan murid. Hanya beberapa orang murid (6 orang) memerlukan bimbingan sepenuhnya.

PENUTUP:
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan PPM kerana telah menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan komited sepanjang bulan Februari 2015 ini. Diharapkan agar kerjasama dan komitmen kerja yang telah ditunjukkan akan berterusan sepanjang tahun demi pembangunan diri murid dan semua warga PPKI S.K Sungai Anib III Sandakan. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment