Unit HEM PPKI adalah
salah satu tunjang yang penting dalam pengurusan Bahagian Pendidikan Khas. Ini
kerana, bahagian HEM merangkumi pelbagai unit penting yang bertujuan untuk
memantapkan lagi PPKI SK Sg Anib III Sandakan bukan sahaja dari sudut kebajikan
tetapi juga keselamatan, pembangunan dan juga kemajuan 3K. Berikut merupakan laporan
setiap unit bagi bulan Mac 2015:
Unit Data dan Sistem
Maklumat Murid
(Laporan oleh: Pn. Fiona Oswin & En. Herianto Ladati)
Jumlah Murid, Guru
dan PPM (tetap) pada Mac 2015:
Murid Lelaki
|
Murid Perempuan
|
Jumah
|
20
Orang
|
6 Orang
|
26 orang
|
·
Murid
Percubaan: 6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)
Guru Lelaki
|
Guru Perempuan
|
Jumlah
|
5
Orang
|
9
Orang
|
14
Orang
|
* Cikgu Siti Walna Saleh kembali bertugas pada 30 Mac
2015.
PPM Lelaki
|
PPM Perempuan
|
Jumlah
|
Tiada
|
3
Orang
|
3
Orang
|
Data Murid PPKI 2015 (Mac) Berdasarkan Agama dan
Jantina (Keseluruhan Termasuk Percubaan):
Jantina:
Lelaki
|
Perempuan
|
Jumlah
|
24
|
8
|
32
|
Agama
Agama
|
Lelaki
|
Perempuan
|
Jumlah Keseluruhan
|
Islam
|
15
|
4
|
19
|
Bukan
Islam
|
8
|
5
|
13
|
Jumlah
|
23
|
9
|
32
|
Data E-MIS dikemaskini secara
berterusan. Namun, sehingga
laporan ini ditulis, Data E-MIS murid Muhammad Nuh masih belum diapungkan oleh
sekolah lama murid. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Penolong Kanan PPKI
kepada ibubapa murid ini. Jumlah murid
tetap adalah seramai 25 orang murid. Seramai 5 orang murid percubaan telah diserap masuk ke PPKI iaitu:
1. Nur Damia
Insyirrah (P)
2. Deasy
Handayaniwati (P)
3. Muhammad Ashraff
Daniell (L)
4. Yaldrie Petrus
(L)
5. Aina binti Nasir
(P)
Terdapat 6 orang murid percubaan yang masih belum
diserap masuk ekoran masa percubaan 3 bulan yang belum dilepasi sehingga akhir
bulan ini. Senarai murid ini adalah:
- Mohd. Azmawie (masalah kehadiran)
- Lee Jun Kai (belum habis tempoh percubaan)
- Khairil Tseu (belum habis tempoh percubaan)
- Mohd. Ridzuan bin Misuari (masalah kehadiran)
- Tsang Zhi Yaw (Murid percubaan baharu-Mac)
- Wilma Donna (Murid percubaan baharu-Mac)
Manakala bagi sistem
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), bilangan kelas adalah berdasarkan program
yang dibuka iaitu pada nisbah 7:3:1 (Pembelajaran:Pendengaran: Penglihatan).
Bilangan murid pada setiap kelas ditentukan oleh umur murid.
Unit Kesihatan (Laporan oleh: Cik Norazimas Bte
Abd.Azip)
Faktor kesihatan semua murid menjadi aspek penting yang
diperiksa oleh guru bertugas dan semua PPM setiap hari khususnya sebelum PdP
bermula. Pada bulan ini,aktiviti pengemaskinian buku kesihatan telah dilakukan.
Selain itu, bagi laporan perkembangan isu berbangkit dari bulan sebelumnya,
pihak hospital HDOK Sandakan telah memaklumkan bahawa pemeriksaan pergigian
sepatutnya dijalankan pada bulan ini. Namun, ia terpaksa ditunda pada tarikh
yang akan dimaklumkan kelak.
Unit Kebersihan (Laporan oleh: Pn. Siti Aminah binti
Asmat)
Pada bulan ini, unit kebersihan telah melaporkan
bahawa kelas di PPKI telah dibersihkan setiap hari oleh PPM. Namun, terdapat
masalah tikus yang bersarang di Stor PPKI dan masuk melalui lubang kecil yang
terdapat di stesen bahasa inggeris. 3 ekor tikus telah ditangkap di dalam kelas
PPKI dan dua ekor tikus kecil didapati mati di dalam stor PPKI. Tindakan
mengemas stor oleh guru sukan dan kokum telah dilakukan.PPM juga telah mengemop
stor tersebut.
Selain itu, isu berbangkit daripada
bulan Februari 2015, tong sampah baharu yang dirancang untuk dibeli masih belum dapat dilaksanakan kerana
masih belum ada sumbangan kewangan. Guru unit ini akan membuat tindakan susulan
kepada Penolong Kanan PPKI Cik Shirley Liew.
Unit Keceriaan (Laporan oleh: Cik Norazimas Bte
Abd.Azip)
Unit ini telah mula melaksanakan
tanggungjawab masing-masing dengan memaklumkan kepada semua guru tentang tarikh
pelaksanaan gotong-royong fasa 2 bagi stesen masing-masing iaitu pada 23 Mac
2015. Oleh kerana setiap guru masih membuat aktiviti menyisih, menyusun semula
dan mengecat menggunakan cat lama, maka wang dari Tabung Amanah Guru masih
belum diagihkan kepada mana-mana guru. Gotong-royong fasa ketigaakan dijalankan
pada 7 dan 8 April 2015.
Unit Keselamatan (En.Edriwin
Idris)
Aspek keselamatan juga sentiasa diberi fokus khususnya dalam PdP. Semua guru masuk kelas pada masa yang ditetapkan
(mengikut jadual) bagi mengelakkan sebarang masalah ataupun kemungkinan
kecederaan dalam kalangan murid. Selain itu, setiap pagi guru bertugas mingguan
akan memberi nasihat dan bimbingan kepada semua murid tentang tingkah laku yang
baik dan perkara ini akan disusuli selepas rehat dimana guru tersebut akan
memberi refleksi ke atas sikap dan tingkah laku murid secara keseluruhan.
Pas pelawat telah
diwujudkan untuk memudahkan urusan ibubapa keluar dan masuk ke kawasan sekolah.
Ini bagi menjamin keselamatan semua murid. Tindaan telah diambil dan pas
pelawat tersebut telah diserahkan kepada pengawal keselamatan. Namun, pas tersebut didapati tidak mencukupi
dan guru unit ini akan menghasilkan pas tambahan bagi mengatasi masalah
tersebut.
Program Sekolah
Selamat telah dilaksanakan pada 13 Mac 2015. Terdapat beberapa kekangan semasa
pelaksanaan program antaranya penglibatan kakitangan secara keseluruhannya.
Tindakan telah diambil semasa program berlangsung dengan memanggil murid dan
guru untuk berkumpul di Dewan Kasturi.
Unit Bantuan Yayasan Sabah (Laporan
oleh: Pn. Siti Aminah binti Asmat)
Bantuan Yayasan
Sabah yang diterima daripada kerajaan negeri berupa pakaian seragam sekolah,
alat tulis dan buku, kasut sekolah serta bantuan susu sekolah satu Malaysia.
Walaubagaimanapun, bantuan tersebut akan diterima secara berkala. bagi bantuan
berupa pakaian dan kasut, akan diterima setahun sekali. Bagi bulan ini, bantuan
buku latihan dan pensel Yayasan Sabah diberikan kepada 30 orang murid melalui
simpanan guru kelas. Selain itu, permohonan Bantuan Yayasan Sabah bagi baju
sekolah dan kasut sekolah telah dihantar kepada Penolong Kanan HEM sekolah (Pn.
Hajah Muhani Rauflaco) pada 30 Mac 2015.
Unit Bantuan Kebajikan (EMK/INSURANS
& KEBAJIKAN GURU DAN MURID) (Laporan oleh: Pn. Siti Aminah Asmat)
Bagi EMK, sistem online permohonan EMK sudah dibuka dan telah
diisi untuk 21 orang murid dan keputusan
dijangka diketahui pada bulan Julai 2015 kelak.
Unit
Aktiviti Komuniti
(Laporan oleh: Pn. Siti Aminah Asmat)
Lawatan ke rumah murid iaitu Mohd. Zahrizan Bin Basri
telah diadakan pada 4 Mac 2015 (Rabu) dengan dihadiri oleh Guru Besar (Tn. Haji
Azhar Sani Bin Tamam) Penolong Kanan PPKI (Cik Shirley Liew), serta dua orang
guru PPKI iaitu Pn. Siti Aminah Asmat dan En. Herianto Ladati. Lawatan ini
bertujuan untuk menyampaikan wang sumbangan guru dan PIBG PPKI di atas
pemergian bapa murid ini iaitu arwah En. Basri bin Basung.
Unit Disiplin (Laporan oleh: En.
Sallehidun bin Saipul)
Pemantauan berkala oleh guru bertugas mingguan dalam aspek kebersihan,
kekemasan dan disiplin murid sepanjang tempoh persekolahan. Ini bertujuan
untuk memberi pengetahuan kepada murid
khususnya untuk berdikari dalam menguruskan diri sendiri. Selain itu, segala
tingkahlaku positif dan juga negatif dicatatkan dalam buku diari murid secara
berterusan bagi menganalisis kekerapan tingkahlaku yang ditimbulkan oleh
murid-murid PPKI. Catatan ini perlu dibuat oleh guru atau PPM yang menyaksikan
tingkahlaku tersebut.
Pihak Disiplin PPKI juga mengambil serius isu ketidakhadiran murid ke
sekolah khususnya jika ibubapa tidak menghantar/menulis sebarang surat
makluman. Hal ini khususnya penting bagi murid yang masih dalam tempoh
percubaan. Ini kerana sekiranya murid sering tidakhadir ke sekolah, PdP tidak dapat dijalankan secara
konsisten dan prestasi murid juga tidak akan berkembang dan sukar diukur. Maka,
pihak PPKI (Unit Disiplin) telah menghantar surat makluman kepada ibubapa murid
percubaan (Mohamad Ridzuan bin Misuari) menyatakan tentang ketidakhadiran murid
selama 6 hari pada bulan ini (Februari). Ekoran tindakan tersebut, kehadiran
murid ke sekolah telah menunjukkan peningkatan positif iaitu sepanjang bulan
Mac hanya dua kali murid tidak hadir ke sekolah.Peringatan kali kedua juga telah
dilakukan oleh guru unit ini kepada ibubapa murid ini.
Unit RMT (En. Sallehidun Bin Saipul)
Unit ini melaporkan bahawa tiada sebarang pertambahan murid untuk RMT
pada bulan ini. Jumlah kekal seramai 21 orang. Namun, tidak semua murid suka untuk
makan RMT yang diberi. Masih ada beberapa orang murid yang masih membawa bekal
mereka sendiri daripada rumah. RMT yang lebih akan diberikan kepada murid
percubaan yang berminat untuk makan RMT tersebut.
Unit
SPBT ( Cik Azlianah binti Mohd. Lawi)
Tiada sebarang aktiviti yang dilaporkan oleh guru unit
ini pada bulan Mac ini.
Unit Komuniti dan Kebajikan (Laporan
oleh: Pn. Siti Aminah Binti Asmat)
Program Pesta Angpau telah diadakan sempena Tahun Baru
Cina bersama murid dan ibubapa yang berbangsa cina pada tanggal 27 Februari
2015 yang lalu. Penglibatan ibubapa sangat memberansangkan pada hari tersebut.
Selain itu, unit komuniti dan PIBG telah membuat kutipan sumbanagn ikhlas
daripada guru-guru dan ibubapa murid PPKI bagi murid yang kematian bapa iaitu Zahrizan
bin Basri. Arwah En. Basri bin Basung telah meninggal dunia pada 14 Februari
2015. Arwah akan sentiasa dikenang. Lawatan ke rumah murid secara rasmi akan
dibuat pada bulan Mac 2015 kelak.
Unit Instrumen Penentuan &
Penempatan (IPP) (Laporan oleh: En. Izrah Jumdail)
Seramai 5 orang murid percubaan telah diserap masuk ke
PPKI iaitu:
1. Nur Damia
Insyirrah
2. Deasy
Handayaniwati
3. Muhammad Ashraff
Daniell
4. Yaldrie Petrus
5. Aina binti Nasir
Seorang murid iaitu Er Ming Yuan Jordan, menolak untuk
menyertai Program Percubaan di PPKI sekolah ini kerana akan berpindah ke negeri
Johor. Surat rasmi (tulisan tangan) daripada ibubapa murid ini, telahpun
difailkan bagi tujuan bukti dan dokumentasi. Selain itu, seorang murid iaitu
Mohd. Haikal M. Jais telah menjalani ujian IPP dan akan ditempatkan selama 3
bulan percubaan di PPKI ini tetapi masih menunggu surat daripada pihak PPD
Sandakan.
Unit Pembangunan (Laporan oleh: En
Herianto Ladati)
Unit
ini melaporkan bahawa peruntukan pembangunan telah dihabiskan sepenuhnya.
Laporan keseluruhan (bergambar) ada disediakan dalam bulan April 2015.
Peruntukan untuk memasang kipas telah disediakan (hanya dua buah; seunit
berharga RM145. Sumbangan diperolehi daripada pihak PIBG. Selain itu, pembaikan
penghawa dingin (2 unit) telah dilakukan. Namun, penghawa dingin di stesen
Bahasa Inggeris/PTL sahaja yang dapat dibaiki. Manakala stesen BM masih dalam
proses pembaikan. Kos pembelian langsir RM1173.00 daripada peruntukan RM15 000
(pembangunan) telah dihabiskan.
PENUTUP:
Syabas
dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan PPM kerana telah menjalankan
tanggungjawab masing-masing dengan komited sepanjang bulan mac 2015 ini. Diharapkan agar
kerjasama dan komitmen kerja yang telah ditunjukkan akan berterusan sepanjang
tahun demi pembangunan diri murid dan semua warga PPKI S.K Sungai Anib III
Sandakan. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment